#5SIBLINGSTAKESPENANG PART I

Assalamualaikum wbt! It's finally Mid Semester break for my Semester 4. I have been waiting for so long to have a holiday with my collegues. What excites me more is, this time I am travelling with my loyal housemate, Hazierah, Anis, Teha and Syaf. The idea came up after someone asked this " kita taknak ada baju untuk rumah ke? "

          Umm tak. Why don't we go for a holiday? Finally we decided to go for Penang Trip on 13th October - 15 October 2017. Roughly we planned for only 2 weeks for this trip. We do not have much time to prepare just bring any clothes that we have in college and shared our tudung with others. So we delegate our works among 5 of us. Tentative, financial, accommodation, checklist, transportation. We tried our best to cut off our budget to be as low as we can since we will spend the rest of our money for food! Never regret on spending your money on food because it really worth it.
       
           Starting journey Nadh dengan yang lain beza sikit sebab ticket bus sold out 2 minggu sebelum pergi. Yeah memang habis cepatlah sebab masa kitaorang gi cuti masa mid semester untuk semua ipta  and sekolah. My journey started in melaka-kl-penang. So memang jalan pun jammed. Bus pun delayed. Tapi alhamdullilah at the end semua di permudahkan. Pagi pagi lepas sampai Penang, semua freshen up dekat surau. Ingatkan jauh sangat lah terminal ferry dengan bus terminal. Rupanya walking distance je. Sebab sampai Penang awal pagi so kitaorang sempat lah tengok sunrise dekat ferry. Harga ticket untuk ferry hanya RM 1.20. Walking distance takda lah tak mencabar, ada tangga pastu ada bukit sikit. Exercise pagi pagi #healthylifestyle lagi pun dalam bas dah puas tidur kan.


          Breath-taking view in the morning. Siapa yang rasa dia pening naik ferry tu, naik ferry ni tak pening punya confirm! Sebab ada testimoni, Syaf and Anis. Elok je masing masing. Excited hujung hujung ferry eh sebab nak ambil gambar. Sampai je, kitaorang tunggu dekat bus terminal tapi (rapid mostly) untuk kereta sewa. Sampai awal pula sebab janji nak ambil kereta sewa around 8am. Sambil tunggu tu, kitaorang makan snacks yang ada lepastu yang buat tentative remind balik hari tu nak buat apa. Sebab ambil kereta Viva so memang tak muat lah dengan luggage kitaorang yang banyak tu. Nasib lah sekejap je bersempit. 

         Our first destination is isi minyak dulu, then terus pergi breakfast dekat Roti Canai Transfer Road. Okay memang taklah nak parking sebelah kedai sebab kedainya pun tepi jalan. Lagi thrill bila kitaorang makan betul betul tepi jalan yang bas rapid lalu sipi sipi je dengan bahu. Fast service lah masa kitaorang datang. Mamak tu tanya berapa orang? " 5 orang ", dia buka meja and bagi kerusi. So cukup cukuplah untuk kitaorang. Terus ambil order. Laju sangat sampai kitaorang tak boleh brain. Yang popular kat sini Roti Canai + Ayam dengan Roti Telur Goyang. So 3 orang ambil Roti Canai dengan Ayam lagi 2 ambil roti canai and share Roti Telur Goyang. 



Review : 
7/10. Roti Canai dia biasa je, tapi kuah dia pergh pergh pergh. Memang sedap teruk ah. Cuba lah rasa bagi yang belum pergi tu. Roti Telur Goyang pun perform lah. Dia sedap sebab lapar kot. Yelah pagi pagi dah exercise panjat tangga bukit semua. Lagi padu minum dengan Teh Tarik. Memang perfect breakfast lah! 

Roti Canai + Ayam = RM 7.00 
Roti Telur Goyang = RM 4.00 

          Lepas pergi breakfast, kitaorang pergi ambil gambar dekat Street Art yang dekat dengan kereta.  Dekat situ je, dah 40 minutes. 5 orang bersamaan, ambil gambar untuk seorang, berdua and semua. Belum campur gambar tak cantik. Okay part ni memang cerewet sikit. 




           Street Art ni semua tepi jalan je. Lagi lambat sampai Street Art, lagi panjang lah beratur semata nak ambil gambar. Nasib masa kitaorang sampai tu awal pagi and tak payah beratur pun. Sebab masa kitaorang datang pun, hari Jumaat mostly orang sekolah. Just ada tourist je. 

          Habis ambil gambar, semua decide nak pergi tempat tinggal. Dah start rasa tak selesa sebab kereta sempit dengan barang lepastu penat tak dalam bas tak hilang lagi. Next tentative pergi makan dekat Deen's Maju. Sebab Deen's Maju buka pukul 2.30pm so ada masa nak rest. Luckily boleh check-in awal sebab selalunya hotel or guest house bagi check in pukul 2. Tapi Teha pergi tanya and boleh check in awal. Fuh i'm the happiest person that time sebab letih. Tempat kitaorang pilih pun not bad lah. Memang untuk traveller yang backpacker sebab in the middle of Georgetown. Bila dah hari ketiga, baru sedar sebab pusing pusing tempat sama je padahal. 




          Memang selesa untuk kitaorang berlima. Ada ruang kitaorang solat, iron baju & tudung dengan  tidur dengan nyenyak. Tandas pun bersih. Cuma sebab tandas kat luar, so memang kena bertudung jelah bila lepas mandi. Yang lack dia punya plug ada 4 je. Tak cukup nak charge powerbank dengan phone sekali. Overall semua okay, harga pun berpatutan. Jangan risau kitaorang survey semua harga guest house dekat Penang untuk cari paling selesa and murah. Ada financial person yang in charge untuk cut budget sampai maximum. 

        So masing masing lepas mandi, tidur lah apa lagi. Paling over tidur driver dengan person in charge tengok waze. Kalau dia tidur, memang kena maki lah sebab tinggal sorang je driver. Tidur yang betul betul recharge energy. Sebab kali ni pergi cuti bawa anak anak yang mudah jatuh sakit. So kena jaga takut takut baru sampai dah sakit dah satu hal nak menjawab dekat parents masing masing. 
Lepas dah freshen up, siap siap pakai baju lawa semua dah start lapar. Weather dekat Penang memang panas sampai level sila menyesal kalau pakai makeup. 

        Kitaorang decide nak makan Deen's Maju. Rugilah datang Penang tak makan Nasi Kandar kan? Perangai masing masing bila lapar ialah senyap = badmood. Memang kena isi perut dengan makanan jelah manjang. Deen's Maju ni sebab tengok vlog Athisha Khan. The review also great. So why not kan? Memang beratur panjang at first but not so long. At least bergerak juga and takda lah lama mana. Memang sedap lah makanan kat sini. Please lah siapa datang Penang trylah makan kat sini. 8/10 sebab kitaorang lapar sangat. 



           Korang memang takkan menyesal beratur panjang sebab bila dah dapat makanan mesti ada meja kosong and mamak akan datang ambil order air. Ayam goreng dia panas - panas. Kuah kari pun perform lah. Tengah tulis blog tetiba teringat ayam di ayam dia yang juicy tu. Penat ah asyik lapar je. Kat Penang memang makan banyak, tapi banyak jalan juga sebab kereta takda nak parking dekat tepi kedai. Mesti 2km at least. 

         Dah recharge energy dengan makanan + tidur, kitaorang terus pergi next destination Batu Ferringhi. Okay ini Hazierah memang paling suka. Siapa je tak suka tengok laut kan? Bila sampai ada parking and ke bayar of course. Duduk tepi laut ya Allah rasa tenang sangat. Masing masing ada masalah terpendam. Dalam tentative nak main parasailing tapi duit tak mengizinkan, Anis and Nadh main jetski. Mula - mula takut lah sebab tak reti bawa motor pe semua. Btw, #roommategoals sebab both of us memang sepakat nak naik jetski. Thank God sebab tak menyesal pun keluar duit main jetski. Memang best. 

           Bila dapat tekan brek (actually minyak) tu till the max and jetski tu laju, perasaan tu macam langgar masalah yang banyak dalam kepala otak tu. Masalah tu jadi hilang and lega sangat bila dapat jerit kuat kuat. Abang tu pun kemain cakap " jauh nau adik pergi naa " kalau boleh nak exceed 200m sebab lagi jauh dari manusia. A good thing bila stress, cepat cepatlah back to nature balik. Pantai ke, sungai atau hutan. Memang puas. Masalah tu hilang sekejap. Jee pula gigih tunggu sunset, baru kuda dia ada. She ride horse for RM 40 and jetski for RM 50. Pandai runding dapatlah murah. 


well this my loyal roommate since Semester 1, Nor Hanisah. 





           Habis main jetski, duduk tepi pantai main air laut sampai nak dekat senja. Mula mula plan nak makan sambil tengok sunset tapi main motorsports pun best. So why not kan. Untuk yang first time, jangan risau sebab this will not be the last one for you. Diaorang akan guide from A to Z. Selagi ada peluang nak main sukan laut ni, pergilah explore. Lepas ni, balik Pangkor nak ajak yang lain main benda ni. Teriak punya teriak sampailah sunset. Hazierah pergi main kuda. Syaf dengan Teha sibuk ambil gambar. Anis dengan aku dah start penat. We had great time in Batu Ferringhi. Even sebelum sampai atas pun dah puji puji tempat ni lawa. For real memang lawa, lagi lagi bila laut biru. 


so nice 

           After Maghrib, kitaorang plan nak jalan area Pasar Malam Batu Ferringhi. At first, nak cari Apam Balik Station yang viral sangat tu. Malangnya kedai tu jauh bila kitaorang salah jalan. Kitaorang jalan kaki towards the starting point dekat McD Batu Ferringhi while tempat tu area hotel je. Luckily bila dah sampai area McD kitaorang jumpa kedai Char Kuey Teow. Okay tempat ni biasa - biasa je, tapi sebab lapar bantai lah apa ada. Lagipun memang plan tak ambil apa apa yang heavy sebab malam dah tak banyak jalan. After makan, kitaorang jalan area pasar malam cari something nice to see and have. Nadh and Hazierah beli casing sebab casing masing masing dah hodoh sangat. Lagipun case tu murah berbanding beli kat KLIA 2, RM 45 tapi yang ni RM 20-25 je. 




          if you are an art student, sini banyak kedai yang jual art yang simple but nice. Kitaorang nak beli tapi tak muat luggage. Datang pun luggage dah padat apatah lagi kalau balik kan? At the end bila dah sampai hujung dekat dengan tempat parking baru jumpa kedai Apam Balik Station. Apam balik yang original kat sini RM 1, memang mahal tapi worth lah dengan rasa dia. Tak kedekut kacang, jagung dan ada butter. So masin manis. Kitaorang try yang selain original ada macam macam topping, banana + nutella ada, cheese, telur. This place memang recommended lah sebab dah penat jalan and taknak makan something heavy macam nasi boleh try this thing. The price also reasonable. 

          Jadi, tamatlah hari pertama #5siblingstakespenang so far so good. Balik semua recharged energy sebab the next day gonna be very very long and tiring day. Fuh.  

Popular Posts